Berasal
dari Pengkalan Hulu, Perak, ZAHIDA ZARKASI kini sedang menjalani kursus
KPLI - LPBS di sebuah sekolah di Kuala Kangsar. Selain menulis, beliau
juga suka melayari internet jika ada kelapangan. Mendapat pendidikan
awal di SK Kuak Hulu dan seterusnya melangkah ke Tingkatan 1-5 di SMK
Tun Saban. Ketika di bangku sekolah menengahlah, minat dalam bidang
penulisan mula lahir. Setiap kali cuti sekolah, masa dihabiskan dengan
menulis. Ketika itu beliau berkarya hanya untuk kepuasan diri dan kemudian
dipinjamkan kepada rakan-rakan.
Setelah menamatkan pengajian di UPM Serdang, beliau telah membuat keputusan
untuk menceburi bidang penulisan secara professional. Dorongan dari
keluarga merupakan salah satu faktor penting dalam kejayaan beliau.
Selain itu, cerpen pertama yang tersiar di dalam majalah Dara.Com telah
menyuntik semangat untuk terus berkarya.
[ Author's
Website ]