SYIMA
SYAWAL berasal dari Kota Tinggi dan menetap di Taman Kota Masai, Pasir
Gudang, Johor. Dilahirkan pada tanggal 14.07.1972, dan kini berusia
35 tahun. Anak yang ke-6 daripada 11 orang adik beradik. Mendapat pendidikan
awal di sekolah rendah kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi sehingga
darjah 6. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Rendah Arab
Kota Tinggi sehingga ke tingkatan 4. Seterusnya beliau bersekolah di
Sekolah Maahad Johor Bahru sehingga tingkatan 5 (SPM).
Mula minat menulis ketika di bangku sekolah rendah lagi. Ketika di sekolah
menengah, beliau gemar menulis cerpen. Minat itu berterusan sehinggalah
kini.
Beliau gemar menghasilkan karya yang bertemakan kemasyarakatan yang
mengandungi unsur-unsur agama dan nilai murni yang mula menipis pada
jiwa remaja masa kini.
[
Author's Website ]