Saat
Sulaiman adalah seorang usahawan. Walaupun berpelajaran tinggi hingga ke universiti,
beliau memilih menjadi usahawan kerana profesion usahawan lebih memberi kebebasan
dan pendapatan yang lebih baik.
Walaupun sibuk
menguruskan pelbagai jenis perniagaan, beliau meluangkan masa lapang dengan menulis
untuk berkongsi pengetahun dan pengalaman dengan pembaca. Pernah memberi ceramah
pelajar cemerlang peringkat negeri Melaka. Boleh bertutur dengan baik bahasa Melayu,
Arab dan Inggeris.
Saat Sulaiman mengharungi
hidup yang penuh kesulitan. Ibu bapa meninggal dunia ketika usianya baru setahun
dan tinggal bersama datok dan nenek dalam kemiskinan. Walaupun hidup dalam kesusahan
dan kemiskinan, beliau berusaha maju dalam pelajaran dan akhirnya masuk ke universiti.
Suka
menonton wayang, bermain pingpong dan bowling, membaca, melancong serta menulis.
Bercita-cita
membuka perpustakaan sendiri untuk dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.
[
Author's
Website ]