OSHUN
MUHAMMAD telah dilahirkan di Langkap, Perak, iaitu di lokasi cerita
Ninja Kunaharo dan telah mendapat pendidikan di Perak dan Kuala Lumpur.
Mula menulis sejak di tingkatan empat semata-mata untuk menghilangkan
kebosanan tinggal di asrama tetapi apabila melihat reaksi yang diperolehi
daripada sahabat baik, Lindrex Jamal, setiap kali beliau membaca karya
penulis, cinta terhadap penulisan mula berbunga di jiwa.
Cinta ini dipendam apabila mula bekerja sebagai Pembantu Peribadi dan
Pegawai Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan di Pulau Mutiara. Sekali-sekala
beliau menulis untuk meluahkan perasaan geram dan marah terhadap majikan
dan juga rakan sekerja tetapi coretan itu selalunya diperonyok dan dibuang
ke dalam tong sampah setelah mereka meminta maaf!!
Kini, sudah berumahtangga dan menetap di Australia Barat. Suami menggalakkan
beliau menulis secara professional dan dalam tahun 2005, keyakinan mula
bertapak di dalam hati dan beliau akan terus berusaha untuk maju kehadapan,
insya-Allah. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Ninja Kunaharo:
Misteri Wira Malam dan Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih.
[ Author's
Website ]