Anak
kedua daripada empat orang adik beradik, yang berasal dari Pontian Johor
ini, sememangnya menggemari karya-karya kreatif seperti melukis dan
juga membaca. Pada masa lapangnya NABIL FARIZ AIMAN gemar menghabiskan
masanya bersama keluarga. Antara hobi lain yang diminati oleh beliau
ialah bermain bola tampar bersama rakan-rakan dan menonton anime dan
juga bermain permainan video di rumah.
Genre bacaan yang diminati oleh beliau ialah lebih kepada genre cinta
dan kehidupan. Dalam berkarya pula, beliau lebih gemar menceritakan
apakah yang pernah berlaku, sedang berlaku dan mungkin berlaku di sekelilingnya.
Watak-watak dalam cerita pula kebanyakannya adalah berkait rapat dengan
individu-individu yang dikenali sepanjang hidupnya.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang Keselamatan
Maklumat dan kini bertugas di Universiti Putra Malaysia sebagai seorang
tenaga pengajar.
[ Author's
Blog ]