DEWI
SUKMA dilahirkan di Johor Bahru pada 23 Nov 1971. Anak sulung dari empat
orang adik-beradik ini gemar menulis berdasarkan pengalaman bersekolah
di kampung arwah emaknya di Semanggol, Perak. Sudah berkeluarga dan
mempunyai tiga orang cahayamata; Aiman, Afifah, Insyirah.
Semangatnya mula bercambah setelah karya cerpen beberapa kali disiarkan
di dalam majalah terbitan Karangkraf. Selain itu, minat sekali membaca
novel dari pelbagai genre seperti cinta, thriller, misteri dan penyiasatan.
Hobi masa lapang ialah bersiar-siar sambil memerhati isi alam tanpa
jemu waima merenung langit yang kosong tanpa arca.
Kini, sedang berusaha menghasilkan beberapa lagi karya awal remaja,
remaja dewasa dan dewasa sungguhpun sibuk dengan kerjaya di sebuah syarikat
utiliti, SAJ. Harapannya agar generasi masakini terdidik mindanya dan
mula membaca seawal usia dua tahun.
[ Author's
Blog ]