BUSU
NAJIB adalah anak ketujuh daripada sembilan adik beradik. Berasal dari
Kuala Lipis dan kini menetap di Kajang, Selangor. Beliau berkelulusan
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
dan kini sedang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal aktiviti beliau terlibat dalam buku-buku rujukan
bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah tetapi mulai menceburi
bidang penulisan kreatif sejak 2004. Bermula dari tarikh itu satu demi
satu buku-buku cerita dan novel mulai dilancarkan ke pasaran.
Kisah-kisah yang selalui dipaparkan di dalam penulisan beliau adalah
sekitar peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan masyarakat, khususnya
remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Apa yang dipaparkan oleh beliau
adalah untuk renungan para pembaca bagi memperbaiki kelemahan diri dan
meningkatkan nilai dan martabat diri sebagai insan.