ALIAS
DERAIS ialah anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Beliau dilahirkan
dan dibesarkan di Pendang, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pengajian
Melayu dari Universiti Malaya dan kini bertugas sebagai pendidik di
sebuah Sekolah di Shah Alam.
Minat beliau terhadap penulisan kreatif mula bersemarak setelah menjejakkan
kaki ke menara gading. Bertolak dari situ, karya demi karya dihasilkan
sama ada prosa atau puisi tetapi tidak pernah dipamerkan kepada khalayak
pembaca. Namun, arus masa yang pantas berlari merubah pendirian. Kini,
beliau tampil dengan gugusan idea yang pada akhirnya mengungkapkan sebuah
kisah, dan kisah demi kisah.